sEtIap InSaN mEmPuNyAi SeKePiNg HaTi.. HaRgAiLaH..

sEtIap InSaN mEmPuNyAi SeKePiNg HaTi.. HaRgAiLaH..


Tuesday, December 12, 2006

CiNtA & KaWan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Friday, December 08, 2006

cahaya cinta - ct

Image hosting
Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Customize your blog
Pintu hatiku telah kau buka

Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

MySpace Layouts

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku

Semai cinta nan satu



Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga
Myspace

Monday, December 04, 2006

eeemmm..

mgu lepas aku x ingat hari apa, aku mengalami mimpi yg aku sendiri pun pelik gak..masa dlm mimpi tu aku terdengar tel ku berdering tp bila ku jwb panggilan deringan tu masih ada. tiba2 aku terdengar suara yg memang aku kenal sgt...suara dia...dah lama aku x dengar suara dia..tiba2 suara tu muncul... dlm pisat2 aku bangun...aku menangis maby rindu sgt kot...menangis punya menangis sampai skt dada ni menahannya. aku ambil tel ku ada 1 missed call. entah dr siapa aku x tahu no je tertera..x boleh nak dibygkan mcmana aku menangis...senang sgt air mana ni mengalir x pyh di suruh2...
lepas menangis tu aku rasa puas..sampai hari ni aku rasa puas sgt cam aku dah keluarkan segala2nya...aku x tahu nak bayangkan puas mcmana tp yg pastinya aku puas sgt seperti lapang hati ni.....

Wednesday, November 29, 2006

hanya aku yg tahu 2

smlm kwnku sekali lg ajak g temankan dia try baju pengantin pulak...aku kuatkan hati utk menolak. wlw pun hati ni meronta2 nak g tgk baju dia. aku pujuk hati ni bersabar coz x mahu lagi jd mcm hari ahad tu. kecian kwn aku.... tp aku terpaksa buat mcm tu..aku sygkan diri n hati aku. tiada siapa yg sygkan hati ini melainkan tuannya sendiri.

mlm dia dtg umah aku..ceria dia aku tgk. alhamdullilah semua berjalan lancar. aku pun x ingat dah pasal ptg tu. seronok aku tgk dia dah ok. harab2 sgt semuanya selamat.

Tuesday, November 28, 2006

hanya aku yg tahu

ari ahad (26/11/2006) kwn baik ku minta temankan dia g beli cincin kawin ngan tunangnya. kawan aku juga dia tu. tp aku segan dan kadangkala jelous pun ada gak heheheh...

masa kat kedai cincin tu tiba2 hati aku sayu je bila tgk kwnku pilih cincin nikah dgn tunang dia. tiba2 hati aku terdetik "dpt ke aku mengalami semua ni nanti". aku terus keluar dan pergi kedai2 lain dlm semua house tu. seperti org bawa diri...

selesai beli cincin kami g sayang you pulak. sekali lagi perasaan aku hiba bila masuk SY. yg dtg semuanya dgn pasangan aku je sorang2. kehulur hilir bawa bunga pahar org. hatiku terdetik lg "dpt ke aku mengalami semua ni...". x tahan rasa hati ni terus aku keluar. hiba mengenang nasib sendiri. tp aku bersyukur sekurang2nya aku x kecewakan hati org seperti mreka buat kpdku.

mungkin ada yg kata nape x tolak je ajakkan kwn tu kalau x leh tahan dugaan. aku x mau kecewakan hati kwn cuma aku x duga perasaan ku mcm tu......

Tuesday, November 21, 2006

@@ TeNaNg @@

alhamdullilah aku kini merasai ketenangan dlm hidup. walaupun adakalanya sedih dan hiba menghantui tp yakin hanya kpdNYA tempat aku berlindung dan mengadu. aku yakin satu hari nanti pasti kebahagiaan akan hadir menyinari hidupku.
aku tidak pernah merasai setenang ini semasa menghadapi ujian hati. dahulu aku pernah mengalaminya tp hanya DIA saja yg tahu keadaan aku ketika itu. bagaimana teruk keadaan diriku pd masa itu.
kini aku dpt mengharunginya walaupun kesedihan melanda. alhamdullilah syukur tidak terhingga maby kerana dugaan yg dahulu membuatkan aku lebih bersedia dan yakin bahawa semua yg berlaku ini ada khimahnya.
kepada yg sedang mengharungi dugaan sepertiku ini. kuatkan semangat, hidup ini perlu diteruskan. jgn pk kita org yg malang atau tidak bertuah kerana masih ada lagi insan yg lebih teruk dari apa yg kita hadapi ini. yakin kebahagiaan akan muncul terus berharab kepadaNYA jgn bersangka buruk kpdNYA. kerana DIA tidak pernah kejam kpd hambaNYA.

Thursday, November 16, 2006

di hari raya...

aku lupa nak masukkan pic hari raya dlm blog ni lah...
adik, mak, anak saudara (dini) & aku

aku & anak2 saudaraku (dini, nabil dan adam)

sepupu sepapatku & anak masing2 heheh...

aku dirumah angah ina & anak2

angah ina & family dirumah ku

open house


ari ahad lepas (12/11/2006) aku buat open house. tp adik aku yg beriya2 sgt nak buat so kita panggil je open house acap heheheh..(kembang kempis la hidung mamat tu).

biasa la kan, kalau dah nama pun OH mesti penat. tp seronok giler...ada gak member2 yg aku ajak sama mai dtg. tq lah korang coz sudi mengucar kacirkan lg majlis adik aku tu hahahha...,

yg mana x dpt dtg tu xpe..insyallah ada rezeki kita jumpa lagi. raya sebulan beb jemput je dtg.

suasana sebelum bermula

antara member2 aku yg mai..

Tuesday, November 07, 2006

hati ini...

dulu....
hati ini pernah kosong tidak berpenghuni,
tidak pernah merasa dan mengetahui makna syg,

dulu...
juga hati ini pernah ada yg ingin menjadi penghuni,
niat memberi kasih sayang,

dulu...
hati ini pernah ditinggalkan oleh penghuninya,
kerana tiada lg kasih dan sayang,
dan hati ini kembali keseorangan.

kini....
hati ini didatangi seseorg,
hati ini tertanya2 siapakah dia,
hati ini memberi peluang untuknya,
hati ini mengharap "cerah hingga ke ptg rupanya mendung di tengahari",

kini...
hati ini berkata2 sendiri,
adakah hati ini hanya sebagai temp. persinggahan,
adakah hati ini tidak layak utk dikasihi dan disayangi,

dan kini....
biarlah hati ini pergi membawa diri,
biarkan hati ini bersendirian,
tidak perlu menjadi temp. persinggahan lg.

akan dtg...
kiranya ada yg sudi menjadi penghuni lagi,
biarlah hati ini dibuka oleh Yang Maha Esa.

Wednesday, November 01, 2006

3 bulan

1hb nov. 2006 dah 3 bulan...semoga kekal n bahagia. semua inginkan kebahgiaan dan berjaya dlm sesuatu perhubungan. kita mengharab hanya Allah yg menentukan. tp kita disuruh berusaha utk mendapat yg terbaik. teringat kata2 kakak angkatku "GOD doesn't require u to 'be the best', he just wants u to 'do your best' ".
dia selalu mengigatkan ku meminta yg baik2 dlm hubungan ini. katanya mulut n hati kena jaga. ada masa kelakar aku tgk dia. tp apa yg dia ckp tu memang betul.
aku berdoa agar semua dipermudahkan dan mengharabkan juga kwn2 n org disekelilingku mendokan kebahagiaanku - amin.

Tuesday, October 31, 2006

hari rayaku

hari ni last dlm blan oktober... dah 8 syawal bg yg buat puasa enam, hari ni mereka dah leh raya. siapa yg baru bermula eemm..kira sendiri le heheh... aku maby mgu depan kot puasa coz skang keadaan x mengizinkan.

raya tahun ni aku rasakan seperti ada kelainan sikit dlm hidupku. kehadiran dia mengubah sedikit cara rayaku walaupun x byk berubah. tp sekurang2nya pd mlm raya dia tel ucap selamat hari raya seperti hasratku yg terdahulu2. hampir 2 kali raya harapanku utk beraya dgn org tersyg x tercapai. alhamdullilah kehadiran dia (org baru heheh..) satu rahmat rayaku tahun ini. wlwpun dlm kegembiraanku itu aku bersyukur masih berpeluang beraya dgn mak n adik aku yg tersyg dan ditambah seorg lg dlm hidupku.
satu kejadian yg x dpt diduga pada 29/10/2006 (ahad) adik aku xcident lepas balik dr solat subuh n isi minyak. motornya tergelincir coz jln licin. mlm tu pun hujan lebat. dah ditakdirkan dia jatuh n mujur xde kenderaan laju masa tu. alhamdullilah dia x cedera teruk, otot pergelangan tanggan dia koyak. skang mati kutu dia duduk umah je ngan mak aku. ada khidmahnya juga kalau tak....hemmm.. dia asyik merayap je, bukan reti nak duduk umah. tp aku bersyukur sgt2 dia x apa2. harab2 semua tu jd pengajaran n muhasabah diri utk dia.

Ya Allah...
hambaMu ini bersyukur atas rahmatMu
Kau luaskanlah rezekiku ini
Kau perkukuhkan yg terbaik ini utk hambaMu...
sesungguhnya hambaMu ini tidak berdaya tanpa keizinanMu...

Thursday, October 19, 2006

@@ jln2 di bandar raya @@

kul 12.00 mlm td aku g danau kota ngan mak n adik aku. best gak tempat dia mcm tapak pasar mlm. boleh tahan murah2 juga harga barang dicitu kalau nak dibandingkan ngan chow kit. aku tgk handbeg GUESS yg ori pun baru RM90++ boleh tawar2 lagi tu. kira rambang gak la mata aku. mcm2 dijual kat citu.

lepas dah membeli belah kat danau kota, kita org round2image hosting file KL. adik aku bw g jln2 kat chow kit siap masuk lorong hj.taib 5 lagi tu. org yg biasa g tahu le temp tu temp apa. tp polisFriendster images buat operasi so x dpt lah tgk 'cik adik2'Bigootu. tp dlm polis buat operasi pun ada gak yg berani kuar cari 'abang' image hosting file utk lepaskan segalanya. mcm2 gelagat aku tgk ada yg lebih2 dari p'puan yg asli.

kita org jln2 lak kat bukit bintang, kat citu lagi lah tempat yg memang suka sgt org yg terlalu 'dahaga' pergi. ada kemalangan kat simpang2 citu, mana x nya dah kenyang dgn 'air baikkkk punya' Myspace sampai x nampak jln.

jln punya jln dah nak kul 4.00 pg. kita org balik g beli lauk utk bersahurimage hosting file . sambil2 tu aku terlelap dlm keta. ngantuk lah puloookkkk...(gaya m.rajoli)

sampai umah mkn2 sahur terus tido dah x ingat apa dah. sampaikan my myspace layout sms pun aku x perasan.

ni kat ofis pun mata pedih sgtImage hosted at bigoo , kalau diberi bonus utk tido sekejap alangkah baikkkknya...Friendster


Tuesday, October 17, 2006

AlaHAi KeREtakU...

Ahad ari tu aku nak g pasar ramadan bangi dgn mak n adik aku, sambil2 tu singgah le kat warta kejap ke tgk2 kalau ada kerepek utk raya nanti. Terperanjat aku bila adik aku bg tau tayar ketaku pancit giler.. alamakkk mcmana ni ada ke kedai tayar bukak ari minggu ni. Adik aku try bawa ketaku ke kedai tayar yg dekat dgn umah. Alhamdullilah kedai tu bukak. Check punya check ada paku panjang giler (agaknya kalau cucuk belakang pontianak jd org kot heheh...). RM5 aku kena, oklah tu xlah mahal sgt. Org kedai tu ckp tayar aku ni pun dah kena tukar semua ni, bahaya kalau jln jauh. Memang niat hati nak tukar pastu nak servis keta sekali eemm..kena tgu gaji le gamaknya tu.


Itu kesah ari ahad, cite ari ni lak....pg2 td nak g keja sekali lagi tayar aku pancit lagi. Tempat yg sama lak tu. Hangin satu badan aku. Hari ni pun memang aku nak suruh adik aku g servis keta sambil tu tukar tayar sekali. Mcm tau2 je. Adik jiran aku ada tumpang aku g keja so ari ni terpaksalah ganggu kakak dia tdo. Minta tlg anta g keja. Adik aku lak g pump tayar keta dulu sementara nak tgu kedai bukak.
K.Ngah anta aku n Niza g keja, sebelum tu singgah le bank ambik duit dulu. Punya kalut sgt aku pg td sampai lupa nak capai kunci ofis n name tag aku dlm keta.
Ni x tahulah apa kisah ketaku n adikku..... aku tgu dia tel le bg tau kisah seterusnya.

Alahai ketaku..nak raya2 ni mcm2 ko buat perangai...

Thursday, October 12, 2006

cuci mata...


saje2 je xde nak buat apa...gatal tgn ni..

impian...

Image hosted at bigoo

Alhamdullillah..hari ini berkat kesabaran aku selama ini, semuanya telah kembali seperti biasa. Walaupun tidak seperti dahulu tetapi lebih baik dari yg sebelum ini.


Customize your blog

Ku mengharabkan sinar kebahagiaan yg selama ini ku cari2. Tidak tahu dimana tp aku yakin pasti ada. Hanya DIA yg lebih mengetahui. Aku bersyukur apa yg telah diberikanNYA. Semua itu ada ujian utk diri. Sesungguhnya ujian daripadaNYA adalah tanda kasih sayang daripadaNYA juga.

Images for your blog

Friday, October 06, 2006

WaNIta Yg KaU PiLih - Rossa


Malam...selalu panjang
Diwaktu aku merindukanmu


Kau bisa.... menjaga aku
Hingga diriku
Merasa teguh

Aku seperti kamu
Mengiginkan dan memerlukanmu

Malah kita tak mampu
Untuk selalu terus menjauh

Kau....
Jadikan aku ini
Wanita yg kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan...
Kau pun telah aku minta
Setia sepertiku
Hingga waktunya tiba

Aku.... percaya penuh
Kaukan buatku bahagia
Kerna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku...



Wednesday, October 04, 2006

telah ku luahkan...

11.45 pg - aku sms dia.... "tlggggg"
11.47 pg - dia jwb sms " nape". hanya itu saje yg dia tya. ringkas seringkas-ringkasnya....
aku mendiamkan diri, sedih sgt diperlakukan seperti ujud dgn tidak.
12.30 tgh - dia sms "iza nape", aku diam..dia tya lak dlm YM.
tanpa aku sedar air mataku mengalir...
aku rasa tidak terbendung lagi dlm hati ni. aku terus katakan kpdnya aku tiada tempat mengadu. aku seorg skang. antara ujud dgn tidak. aku luahkan segala2nya.
dia minta maaf alasannya bz sgt...dan dia ckp aku sendiri pun tahu yg dia skang balik keja pun dah lewat.
tp yg aku sedih sgt xkan xde masa utk aku sikit pun...sms pun jwb mcm nak x nak je...call lagilah sekejap je..seperti dipaksa2 buat. aku seperti org hilang akal n hati meluahkan kpd dia.... tp dia hanya mendiamkan diri....
1.30 ptg - aku call dia...aku minta maaf, dia maafkan. bukan niat aku nak bergaduh dgnnya. hanya nak meluahkan perasaan hati. dia minta aku biarkan dia berehat sekejap tp aku terus tya sama ada dia masih sygkan aku atau tak. lagi sekali dia jwb syg...., talian kami terputus aku try call lagi. tp kali ni aku dengar suara dia seperti x puas hati dgn aku..aku tahu dia marah.
1.45 ptg - dia sms " .... paling x suka kalau .... tgh skit kepala n tido nak kena ckp byk kali. iza x faham bahasa ke. nak ... ckp berapa kali. skang kpla .... mkin skit n ..... x leh nak tdo."
aku jwb sms dia..." iza minta maaf n iza x buat lagi".
aku tahu dia marah dan kerana sikap aku ni akan memgeruhkan lagi hubungan ini..aku tahu semua itu...tp salahkah aku bertya.. maby bukan waktu yg sesuai..tp bila lg waktu yg boleh utk aku bertya..., pg sampai ptg keja...balik mlm dah penat n tido. bila lagi masa utk aku. tiada ruang langsung. terlalu sempit ruang utk aku kini.
YaAllah...
inikah dugaan aku didlm bulan rahmatMU ini,
kau tenangkanlah hati ini dan berikanlah rahmat dan cahaya kebahagiaan kpd hambaMU ini.
..amin...

Tuesday, October 03, 2006

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan
"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan cth"sy minta maaf".

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)".

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!).

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10) Kekalkan wuduk.

11) Bersedekah (ni selalu susah sgt org nak buat..tp sedekah kat tempat2 yg x berfaedah boleh lak).

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (bahaya oooo...).

14) Berkawan dengan ulama ( tp kena pandai pilih ulama gak..silap pilih kang susah...).

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16) Pesan pada orang dan diri sendiri, jadi yg terbaik.

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.



"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"........

...Amin....

wanita disisi lelaki


Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan. Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Monday, October 02, 2006

kata hikmat

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).

Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.