sEtIap InSaN mEmPuNyAi SeKePiNg HaTi.. HaRgAiLaH..

sEtIap InSaN mEmPuNyAi SeKePiNg HaTi.. HaRgAiLaH..


Tuesday, December 12, 2006

CiNtA & KaWan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Friday, December 08, 2006

cahaya cinta - ct

Image hosting
Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Customize your blog
Pintu hatiku telah kau buka

Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

MySpace Layouts

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku

Semai cinta nan satu



Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga
Myspace

Monday, December 04, 2006

eeemmm..

mgu lepas aku x ingat hari apa, aku mengalami mimpi yg aku sendiri pun pelik gak..masa dlm mimpi tu aku terdengar tel ku berdering tp bila ku jwb panggilan deringan tu masih ada. tiba2 aku terdengar suara yg memang aku kenal sgt...suara dia...dah lama aku x dengar suara dia..tiba2 suara tu muncul... dlm pisat2 aku bangun...aku menangis maby rindu sgt kot...menangis punya menangis sampai skt dada ni menahannya. aku ambil tel ku ada 1 missed call. entah dr siapa aku x tahu no je tertera..x boleh nak dibygkan mcmana aku menangis...senang sgt air mana ni mengalir x pyh di suruh2...
lepas menangis tu aku rasa puas..sampai hari ni aku rasa puas sgt cam aku dah keluarkan segala2nya...aku x tahu nak bayangkan puas mcmana tp yg pastinya aku puas sgt seperti lapang hati ni.....

Wednesday, November 29, 2006

hanya aku yg tahu 2

smlm kwnku sekali lg ajak g temankan dia try baju pengantin pulak...aku kuatkan hati utk menolak. wlw pun hati ni meronta2 nak g tgk baju dia. aku pujuk hati ni bersabar coz x mahu lagi jd mcm hari ahad tu. kecian kwn aku.... tp aku terpaksa buat mcm tu..aku sygkan diri n hati aku. tiada siapa yg sygkan hati ini melainkan tuannya sendiri.

mlm dia dtg umah aku..ceria dia aku tgk. alhamdullilah semua berjalan lancar. aku pun x ingat dah pasal ptg tu. seronok aku tgk dia dah ok. harab2 sgt semuanya selamat.

Tuesday, November 28, 2006

hanya aku yg tahu

ari ahad (26/11/2006) kwn baik ku minta temankan dia g beli cincin kawin ngan tunangnya. kawan aku juga dia tu. tp aku segan dan kadangkala jelous pun ada gak heheheh...

masa kat kedai cincin tu tiba2 hati aku sayu je bila tgk kwnku pilih cincin nikah dgn tunang dia. tiba2 hati aku terdetik "dpt ke aku mengalami semua ni nanti". aku terus keluar dan pergi kedai2 lain dlm semua house tu. seperti org bawa diri...

selesai beli cincin kami g sayang you pulak. sekali lagi perasaan aku hiba bila masuk SY. yg dtg semuanya dgn pasangan aku je sorang2. kehulur hilir bawa bunga pahar org. hatiku terdetik lg "dpt ke aku mengalami semua ni...". x tahan rasa hati ni terus aku keluar. hiba mengenang nasib sendiri. tp aku bersyukur sekurang2nya aku x kecewakan hati org seperti mreka buat kpdku.

mungkin ada yg kata nape x tolak je ajakkan kwn tu kalau x leh tahan dugaan. aku x mau kecewakan hati kwn cuma aku x duga perasaan ku mcm tu......

Tuesday, November 21, 2006

@@ TeNaNg @@

alhamdullilah aku kini merasai ketenangan dlm hidup. walaupun adakalanya sedih dan hiba menghantui tp yakin hanya kpdNYA tempat aku berlindung dan mengadu. aku yakin satu hari nanti pasti kebahagiaan akan hadir menyinari hidupku.
aku tidak pernah merasai setenang ini semasa menghadapi ujian hati. dahulu aku pernah mengalaminya tp hanya DIA saja yg tahu keadaan aku ketika itu. bagaimana teruk keadaan diriku pd masa itu.
kini aku dpt mengharunginya walaupun kesedihan melanda. alhamdullilah syukur tidak terhingga maby kerana dugaan yg dahulu membuatkan aku lebih bersedia dan yakin bahawa semua yg berlaku ini ada khimahnya.
kepada yg sedang mengharungi dugaan sepertiku ini. kuatkan semangat, hidup ini perlu diteruskan. jgn pk kita org yg malang atau tidak bertuah kerana masih ada lagi insan yg lebih teruk dari apa yg kita hadapi ini. yakin kebahagiaan akan muncul terus berharab kepadaNYA jgn bersangka buruk kpdNYA. kerana DIA tidak pernah kejam kpd hambaNYA.

Thursday, November 16, 2006

di hari raya...

aku lupa nak masukkan pic hari raya dlm blog ni lah...
adik, mak, anak saudara (dini) & aku

aku & anak2 saudaraku (dini, nabil dan adam)

sepupu sepapatku & anak masing2 heheh...

aku dirumah angah ina & anak2

angah ina & family dirumah ku

open house


ari ahad lepas (12/11/2006) aku buat open house. tp adik aku yg beriya2 sgt nak buat so kita panggil je open house acap heheheh..(kembang kempis la hidung mamat tu).

biasa la kan, kalau dah nama pun OH mesti penat. tp seronok giler...ada gak member2 yg aku ajak sama mai dtg. tq lah korang coz sudi mengucar kacirkan lg majlis adik aku tu hahahha...,

yg mana x dpt dtg tu xpe..insyallah ada rezeki kita jumpa lagi. raya sebulan beb jemput je dtg.

suasana sebelum bermula

antara member2 aku yg mai..

Tuesday, November 07, 2006

hati ini...

dulu....
hati ini pernah kosong tidak berpenghuni,
tidak pernah merasa dan mengetahui makna syg,

dulu...
juga hati ini pernah ada yg ingin menjadi penghuni,
niat memberi kasih sayang,

dulu...
hati ini pernah ditinggalkan oleh penghuninya,
kerana tiada lg kasih dan sayang,
dan hati ini kembali keseorangan.

kini....
hati ini didatangi seseorg,
hati ini tertanya2 siapakah dia,
hati ini memberi peluang untuknya,
hati ini mengharap "cerah hingga ke ptg rupanya mendung di tengahari",

kini...
hati ini berkata2 sendiri,
adakah hati ini hanya sebagai temp. persinggahan,
adakah hati ini tidak layak utk dikasihi dan disayangi,

dan kini....
biarlah hati ini pergi membawa diri,
biarkan hati ini bersendirian,
tidak perlu menjadi temp. persinggahan lg.

akan dtg...
kiranya ada yg sudi menjadi penghuni lagi,
biarlah hati ini dibuka oleh Yang Maha Esa.

Wednesday, November 01, 2006

3 bulan

1hb nov. 2006 dah 3 bulan...semoga kekal n bahagia. semua inginkan kebahgiaan dan berjaya dlm sesuatu perhubungan. kita mengharab hanya Allah yg menentukan. tp kita disuruh berusaha utk mendapat yg terbaik. teringat kata2 kakak angkatku "GOD doesn't require u to 'be the best', he just wants u to 'do your best' ".
dia selalu mengigatkan ku meminta yg baik2 dlm hubungan ini. katanya mulut n hati kena jaga. ada masa kelakar aku tgk dia. tp apa yg dia ckp tu memang betul.
aku berdoa agar semua dipermudahkan dan mengharabkan juga kwn2 n org disekelilingku mendokan kebahagiaanku - amin.

Tuesday, October 31, 2006

hari rayaku

hari ni last dlm blan oktober... dah 8 syawal bg yg buat puasa enam, hari ni mereka dah leh raya. siapa yg baru bermula eemm..kira sendiri le heheh... aku maby mgu depan kot puasa coz skang keadaan x mengizinkan.

raya tahun ni aku rasakan seperti ada kelainan sikit dlm hidupku. kehadiran dia mengubah sedikit cara rayaku walaupun x byk berubah. tp sekurang2nya pd mlm raya dia tel ucap selamat hari raya seperti hasratku yg terdahulu2. hampir 2 kali raya harapanku utk beraya dgn org tersyg x tercapai. alhamdullilah kehadiran dia (org baru heheh..) satu rahmat rayaku tahun ini. wlwpun dlm kegembiraanku itu aku bersyukur masih berpeluang beraya dgn mak n adik aku yg tersyg dan ditambah seorg lg dlm hidupku.
satu kejadian yg x dpt diduga pada 29/10/2006 (ahad) adik aku xcident lepas balik dr solat subuh n isi minyak. motornya tergelincir coz jln licin. mlm tu pun hujan lebat. dah ditakdirkan dia jatuh n mujur xde kenderaan laju masa tu. alhamdullilah dia x cedera teruk, otot pergelangan tanggan dia koyak. skang mati kutu dia duduk umah je ngan mak aku. ada khidmahnya juga kalau tak....hemmm.. dia asyik merayap je, bukan reti nak duduk umah. tp aku bersyukur sgt2 dia x apa2. harab2 semua tu jd pengajaran n muhasabah diri utk dia.

Ya Allah...
hambaMu ini bersyukur atas rahmatMu
Kau luaskanlah rezekiku ini
Kau perkukuhkan yg terbaik ini utk hambaMu...
sesungguhnya hambaMu ini tidak berdaya tanpa keizinanMu...

Thursday, October 19, 2006

@@ jln2 di bandar raya @@

kul 12.00 mlm td aku g danau kota ngan mak n adik aku. best gak tempat dia mcm tapak pasar mlm. boleh tahan murah2 juga harga barang dicitu kalau nak dibandingkan ngan chow kit. aku tgk handbeg GUESS yg ori pun baru RM90++ boleh tawar2 lagi tu. kira rambang gak la mata aku. mcm2 dijual kat citu.

lepas dah membeli belah kat danau kota, kita org round2image hosting file KL. adik aku bw g jln2 kat chow kit siap masuk lorong hj.taib 5 lagi tu. org yg biasa g tahu le temp tu temp apa. tp polisFriendster images buat operasi so x dpt lah tgk 'cik adik2'Bigootu. tp dlm polis buat operasi pun ada gak yg berani kuar cari 'abang' image hosting file utk lepaskan segalanya. mcm2 gelagat aku tgk ada yg lebih2 dari p'puan yg asli.

kita org jln2 lak kat bukit bintang, kat citu lagi lah tempat yg memang suka sgt org yg terlalu 'dahaga' pergi. ada kemalangan kat simpang2 citu, mana x nya dah kenyang dgn 'air baikkkk punya' Myspace sampai x nampak jln.

jln punya jln dah nak kul 4.00 pg. kita org balik g beli lauk utk bersahurimage hosting file . sambil2 tu aku terlelap dlm keta. ngantuk lah puloookkkk...(gaya m.rajoli)

sampai umah mkn2 sahur terus tido dah x ingat apa dah. sampaikan my myspace layout sms pun aku x perasan.

ni kat ofis pun mata pedih sgtImage hosted at bigoo , kalau diberi bonus utk tido sekejap alangkah baikkkknya...Friendster


Tuesday, October 17, 2006

AlaHAi KeREtakU...

Ahad ari tu aku nak g pasar ramadan bangi dgn mak n adik aku, sambil2 tu singgah le kat warta kejap ke tgk2 kalau ada kerepek utk raya nanti. Terperanjat aku bila adik aku bg tau tayar ketaku pancit giler.. alamakkk mcmana ni ada ke kedai tayar bukak ari minggu ni. Adik aku try bawa ketaku ke kedai tayar yg dekat dgn umah. Alhamdullilah kedai tu bukak. Check punya check ada paku panjang giler (agaknya kalau cucuk belakang pontianak jd org kot heheh...). RM5 aku kena, oklah tu xlah mahal sgt. Org kedai tu ckp tayar aku ni pun dah kena tukar semua ni, bahaya kalau jln jauh. Memang niat hati nak tukar pastu nak servis keta sekali eemm..kena tgu gaji le gamaknya tu.


Itu kesah ari ahad, cite ari ni lak....pg2 td nak g keja sekali lagi tayar aku pancit lagi. Tempat yg sama lak tu. Hangin satu badan aku. Hari ni pun memang aku nak suruh adik aku g servis keta sambil tu tukar tayar sekali. Mcm tau2 je. Adik jiran aku ada tumpang aku g keja so ari ni terpaksalah ganggu kakak dia tdo. Minta tlg anta g keja. Adik aku lak g pump tayar keta dulu sementara nak tgu kedai bukak.
K.Ngah anta aku n Niza g keja, sebelum tu singgah le bank ambik duit dulu. Punya kalut sgt aku pg td sampai lupa nak capai kunci ofis n name tag aku dlm keta.
Ni x tahulah apa kisah ketaku n adikku..... aku tgu dia tel le bg tau kisah seterusnya.

Alahai ketaku..nak raya2 ni mcm2 ko buat perangai...

Thursday, October 12, 2006

cuci mata...


saje2 je xde nak buat apa...gatal tgn ni..

impian...

Image hosted at bigoo

Alhamdullillah..hari ini berkat kesabaran aku selama ini, semuanya telah kembali seperti biasa. Walaupun tidak seperti dahulu tetapi lebih baik dari yg sebelum ini.


Customize your blog

Ku mengharabkan sinar kebahagiaan yg selama ini ku cari2. Tidak tahu dimana tp aku yakin pasti ada. Hanya DIA yg lebih mengetahui. Aku bersyukur apa yg telah diberikanNYA. Semua itu ada ujian utk diri. Sesungguhnya ujian daripadaNYA adalah tanda kasih sayang daripadaNYA juga.

Images for your blog

Friday, October 06, 2006

WaNIta Yg KaU PiLih - Rossa


Malam...selalu panjang
Diwaktu aku merindukanmu


Kau bisa.... menjaga aku
Hingga diriku
Merasa teguh

Aku seperti kamu
Mengiginkan dan memerlukanmu

Malah kita tak mampu
Untuk selalu terus menjauh

Kau....
Jadikan aku ini
Wanita yg kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan...
Kau pun telah aku minta
Setia sepertiku
Hingga waktunya tiba

Aku.... percaya penuh
Kaukan buatku bahagia
Kerna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku...



Wednesday, October 04, 2006

telah ku luahkan...

11.45 pg - aku sms dia.... "tlggggg"
11.47 pg - dia jwb sms " nape". hanya itu saje yg dia tya. ringkas seringkas-ringkasnya....
aku mendiamkan diri, sedih sgt diperlakukan seperti ujud dgn tidak.
12.30 tgh - dia sms "iza nape", aku diam..dia tya lak dlm YM.
tanpa aku sedar air mataku mengalir...
aku rasa tidak terbendung lagi dlm hati ni. aku terus katakan kpdnya aku tiada tempat mengadu. aku seorg skang. antara ujud dgn tidak. aku luahkan segala2nya.
dia minta maaf alasannya bz sgt...dan dia ckp aku sendiri pun tahu yg dia skang balik keja pun dah lewat.
tp yg aku sedih sgt xkan xde masa utk aku sikit pun...sms pun jwb mcm nak x nak je...call lagilah sekejap je..seperti dipaksa2 buat. aku seperti org hilang akal n hati meluahkan kpd dia.... tp dia hanya mendiamkan diri....
1.30 ptg - aku call dia...aku minta maaf, dia maafkan. bukan niat aku nak bergaduh dgnnya. hanya nak meluahkan perasaan hati. dia minta aku biarkan dia berehat sekejap tp aku terus tya sama ada dia masih sygkan aku atau tak. lagi sekali dia jwb syg...., talian kami terputus aku try call lagi. tp kali ni aku dengar suara dia seperti x puas hati dgn aku..aku tahu dia marah.
1.45 ptg - dia sms " .... paling x suka kalau .... tgh skit kepala n tido nak kena ckp byk kali. iza x faham bahasa ke. nak ... ckp berapa kali. skang kpla .... mkin skit n ..... x leh nak tdo."
aku jwb sms dia..." iza minta maaf n iza x buat lagi".
aku tahu dia marah dan kerana sikap aku ni akan memgeruhkan lagi hubungan ini..aku tahu semua itu...tp salahkah aku bertya.. maby bukan waktu yg sesuai..tp bila lg waktu yg boleh utk aku bertya..., pg sampai ptg keja...balik mlm dah penat n tido. bila lagi masa utk aku. tiada ruang langsung. terlalu sempit ruang utk aku kini.
YaAllah...
inikah dugaan aku didlm bulan rahmatMU ini,
kau tenangkanlah hati ini dan berikanlah rahmat dan cahaya kebahagiaan kpd hambaMU ini.
..amin...

Tuesday, October 03, 2006

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan
"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan cth"sy minta maaf".

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)".

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!).

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10) Kekalkan wuduk.

11) Bersedekah (ni selalu susah sgt org nak buat..tp sedekah kat tempat2 yg x berfaedah boleh lak).

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (bahaya oooo...).

14) Berkawan dengan ulama ( tp kena pandai pilih ulama gak..silap pilih kang susah...).

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16) Pesan pada orang dan diri sendiri, jadi yg terbaik.

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.



"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"........

...Amin....

wanita disisi lelaki


Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan. Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Monday, October 02, 2006

kata hikmat

Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).

Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

terburu2 ke.....

Siapa sangka yg kita akan ditemukan dengan seorg yg kita harabkan. Tp sejauhmana harapan itu akan berpanjangan tiada siapa tahu.

DitakdirkanNYA aku ditemukan dgn sesorg yg aku sendiri tidak menduga dari mana asalnya...dari mana dtgnya...yg pastinya dia telah hadir dlm diriku.

Pada mulanya sukar utk aku terima kehadiranya..jarak usianya muda drpdku...luka dihati ini akibat yg dahulu...semua itu menjadikan aku susah utk menerimanya. Aku kuatkan juga hati ini utk mencuba, aku teringat kata2 kwn2ku.."beri peluang diri dan hati kau utk menerima org lain, mungkin yg dahulu bukan yg terbaik utk kau".

Aku cuba membuka hati....kuberikan kasih syg, ku teruskan jua hubunga ini. Dia juga memberikan perhatian, ksh syg dan cintanya. Duniaku berubah..bahagia...

Itu dahulu...

Tp kini.....

kurang sudah ksh syg...kurang sudah perhatian...kurang sms..kurang panggilan tel..kurang segala2nya... dan kini semuanya tiada lagi...
aku tak berdaya lagi utk teruskan semua ini kerana tiada lagi syg dan cintanya utkku dlm hatinya..aku tidak memaksanya utk menerima diri ini...

bukan emas, intan atau kekayaan mengunung yg aku pinta....hanya ksh syg dan cinta saja..tp jika itu tidak mampu diberikan utkku..biarlah aku pergi dan meneruskan diri ini seperti dahulu...

kerana syg dan kebahagiaannya biarlah aku undur diri..............

Friday, September 29, 2006

BULAN KELAHIRAN IKUT PANDANGAN DR FADHILAH




JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.

APRIL

sgt aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai
menyelesaikan salah org
sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI

kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN

berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap, perangai idea @mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kawal tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat, teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan, hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas bersistematik

OKTOBER

suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jln tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan org lain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong, bidang sastera & seni
pengasih, penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
taksuka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan
apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

EEemMM


Suasana ofis hari ni sunyi je, aku rasa tenang sikitlah. Adakala aku suka bila sunyi2 mcm ni. Tp bila ada yg menganggu suasana sunyi ni aku rasa cam nak jd hulk je. Dia org ni x leh diam ke sekejap pun jd lah. Kalau bising...bisingggg sgt...kalau diam tu siap dgn muka mcm cipan lapor lagi... cubalah kalau diam tu muka jgn buat cam cipan lapor, aku rasa kalau cipan lintas dpn pun mati tgk muka camtu.
Lagi satu..masing2 ada keja, tp bila nak siap keja kalau asyik berlonggok je. Kalau ckp org bukan main lagi.

Thursday, September 28, 2006

ku mohon


Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasaMemberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmatMu pada hidupku

bila dengar lagu ni mengigatkan aku pd kisah dulu, cinta yg pernah aku berikan dulu rupa2nya seperti mencurahkan air ke daun keladi. dengan lagu inilah aku bangun semula.

bila bertemu sekali lagi dgn seseorg yg aku rasa serasi, aku teruskan persahabat itu. tp itu semua dah ditakdirkan "ku sangkakan cerah hingga ke ptg, rupanya hujan di tgh". sekali lagi aku diuji dan lagu ini jugalah menjadi penyokongku.

kini...aku masih mencuba..terus dan terus mencari. sekiranya diizinkan Allah bertemulah aku dgn sesorg yg telah ditakdirkan utk ku. bukan harta dunia semata2...cukuplah dgn keselesaan yg mampu.

semua org impikan yg terbaik...begitu juga aku...

"Ya Allah...
Kau kurniakanlah yg terbaik buat diri hambaMU ini
dan
biarlah dia lebih baik dari yg terdahulu"
amin......

nGantUKnYaaa...


bangun tdo pg td rasa cam lambat sgt masa berlalu..tp bila aku ckp kat org mereka kata masa berlalu cepat. Entah lee... yg pastinya bg aku.. rasanya lambat sgt.

Lepas sahur aku try le x tdo, baca Al-Quran n Yassin..tp ari ni mata aku x tahan lak. Lepas je sahur td entah nape mata ni aduuiiii..berat betul. Terus lena...

Sedar2 bgun td dah 6.30 pg. Rasa cam x puas je tdo huhuhu... bila la nak hari sabtu niii, leh rehat sikit.

Wednesday, September 27, 2006

~~ pertama kali~~


Assalamualaikum,
Selamat dtg dlm blog pertamaku. Seronoknyaaa...tq yana coz sudi ajar akak. Kepada yg sudi berhenti berehat disini...terima kasih..andainya ada salah dan silap harap dimaafkan (mcm nak raya lak).
Sekiranya ada yg terasa didlm blog ni seribu kemaafan juga dipohon...blog ini tercipta pun utk luahan hati dan gurauan sesama manusia.
Seandainya ada yg mempuyai idea yg lebih bernas (bukan jenama beras tau) utk perubahan yg canggih dlm blog ni silalah hulur2kan idea yea...
tq sekali lg kat yana..bersusah payah mengajar kakak dia yg lembab ni heheh... sabar gak budak tu ngan kerenah aku...