sEtIap InSaN mEmPuNyAi SeKePiNg HaTi.. HaRgAiLaH..

sEtIap InSaN mEmPuNyAi SeKePiNg HaTi.. HaRgAiLaH..


Tuesday, August 19, 2008

renungan bersama..

salam semua...
ari ni aku nak berkongsi 1 hal dlm hidup aku & maby dlm hidup korang gak... apa perasaan korang kalau org yg selama ni dtg dlm hidup korang, boleh berkongsi cite, pendapat apa sahaja (dipendekkan cite kwn mesra la) tiba2 bg tau hati dia belum terbuka utk kehadiran org baru setelah dia putus dgn teman lamanya..


susah nak citekan... terkedu gak hati ni bila dpt tau perkara ni.. x ujud ke kita dlm hidup dia selama ni... seperti tempat persinggahan. seperti brg terpakai.. bila nak ambik bila x nak buang ketepi. kenapa perlu dibiarkan perasaan kita mengharap dan terus mengharap.. letakkan tanda nokhtah sebagai "KAWAN" supaya tidak ada pihak yg mengharap dan pihak yg memberi harapan. Kenapa perlu kejam terhadap seseorg yg mempunyai hati ikhlas utk berkwn mesra.


Orang lain juga pernah terluka & kecewa, dan mereka juka punya hati dan perasaan utk diberi dan mamberi peluang.. kalau dah x mau beri peluang jgn biarkan diri tu memberi harapan.., jgn jdkan kekecewaan yg dulu menjadi dendam dlm hidup untuk membalas kpd org lain/baru. semua tu akan merugikan masa.


ingatlah wahai kwn2.. setiap perbuatan sama ada baik atau jahat pasti ada balasannya...

Wednesday, July 30, 2008

cinta oh cinta..

mlm smlm kisah sinderela di TV3 adalah kisah terakhir, bila tgk cite ni hati aku terus terdetik "bertuahnya si zoela ni ada 2 org lelaki yg menyanyangi dan menghargai kehadiran dirinya". tiba2 hati ni sebak bila teringatkan kenangan dulu... org yg kita syg tidak tahu menilai ksh syg yg diberi. seperti kata2 zoela diakhir cerita 'kepada yg bercinta, tidak semestinya cinta akan bersatu terutamanya cinta pertama'.
mmg betul cinta tidak semestinya bersatu dan bg diriku cinta pertama selalunya adalah guru dlm perjlanan hidup ini. cinta pertama itu :
  • mengajar kita erti ksh syg, belas kasihan, kejujuran, kesetiaan, jati diri dan pengorbanan.
  • mengajar kita erti kekecewaan, kecurangan, pembohongan, tidak berhati perut dan terkorban.
  • menyedarkan dan melalaikan diri dlm keasyikannya.

kerana cinta manusia sanggup lakukan apa saja, kerana cinta juga segala2nya akan menjadi satu pengorbanan jika dihargai tetapi menjadi terkorban jika sebaliknya. ada yg sanggup hilang kepercayaan dan ksh syg family semata2 utk mendapatkan cinta didepan mata kerana dihalangan. dan ada juga yg sanggup menipu semata2 utk mendapatkan cinta dan perhatian org yg disygi.

jdlah diri sendiri dlm pencarian cinta sejati kerana tidak rugi andainya kita tewas utk mendapatkan cinta. tp malulah pd diri sendiri kerana menjadi org lain utk mendapatkan cinta.

bg peribadiku.. cinta mmg indah kerana cinta pertama diriku membuka mataku siapa dia utkku... dan kepada dirinya terima kasih diatas segala pengajaran yg diberikan dan teruskan hidup kerana itu adalah pilihanmu.

hilang..

pada 27 jun 2008, hari last k.badar keja. lepas tu dia cuti dan terus berpencen. mmg aku akui aku akan terasa bila dia xde. tp aku perlu teruskan perjalananku. kerana niatku kerja bukan kerana kwn tetapi utk family dan Allah. biar apa saja rintangan dan dugaan ditempat kerja aku perlu lalui. kerana aku tahu hanya dgn izin Allah aku boleh meneruskan segala2nya.
Cuma aku terkilan dgn sikap dan suasana di pejabatku. seperti sudah hilang perasaan ksh syg seperti dahulu. tiada lg hormat menghormati antara 1 sama lain. apa tah lg antara org lama n baru. seperti tiada nilai lg org lama dan dibiarkan saja pergi tanpa penghargaan. sedangkan yg baru disanjung dan ditatang bagai minyak yg penuh. hiba melihat keadaan yg berlaku. bayangkan semua jasa yg diberikan hilang sekelip mata. tiada ucapan terima kasih, tiada ucapan selamat.
teringat kata pepatah "tiada yg lama tiada yg baru" tp semua tu tiada makna di tempatku. hingga kini tiada perasaan bersalah pd air muka org2 berkenaan atas perbuatan mereka. biarlah.. hari mereka juga akan tiba nanti biar Allah yg membalas segala2nya.

memori

salam....
hari ni tiba2 hati ni teringat kpd seorg sahabat yg xde la nak dikata rapat. tp perhatian dia menyentuh hati aku sebagai seorg p'puan. mmg sukar nak digambarkan kehadiran insan ini. kehadiran yg x dijangka2kan dlm perjalanan hidup ini. tp kini semua itu hanya tinggal kenangan. dia pergi buat selama2nya meninggalkan cinta, syg, kasihnya... dan aku sebagai sahabat hanya mampu berdoa semoga dia ditempatkan di tempat yg terbaik.. amin.
aku tidak terlalu mengenali arwah, tetapi familynya adalah sebahagian dr family di jabatanku. isterinya bekerja sama jabatan dgnku. arwah terlalu baik hingga disenangi oleh semua org. aku masih ingat lg disaat aku berhadapan dgn dugaan hidupku, dia sempat singgah utk bertyakan kabar dan "bersabar ye". kata2 itulah yg aku x sangka keluar dr mulutnya.. dr mulut org yg aku x biasa berbicara.
alangkah bertuahnya isterinya bersuamikan dia, tp Allah lebih menyanyangi hambaNYA. kepada isterinya hanya ucapan ini dptku berikan sebagai kata semangat "izinkan dia pergi sesungguhnya pemergian dia membawa cinta kalian dan ternyata cintanya utk dirimu, drpd org yg sentiasa ada didepan mata tp cintanya bukan utk kita".

Tuesday, April 29, 2008

My BiRtH 2008 (ii)


salam... jumpa lg heheh...

haaa... kali ni aku nak kongsi cite birthday aku ngan family lak. keesokkan arinya 4/3/2008 aku 'sefamily' g le mkn2 kat luar utk celebrate birth aku yg tertunda smlmnya.. so kita org g le kat Taman Warisan Pertanian di Prisent 16, Putrajaya. Best2 gak le mknan kat citu (bg tekak aku lee...). aku suka mkn roti john kat citu..

tp sebelum pergi mlm tu mak aku masakkan pasta.. eemmm yum2 best.. dah lama x mkn.. yg terkejutnya adik aku belikan kek keju aduhaiiii.. bestnya... (sebenarnya dia pun teringin tu hehheh..)

mlm tu kami pergi mkn berempat... selalunya kami bertiga je, tahun ni ada seorg lg iaitu.... NENEK ku... seronok tgk dia mkn wlw pun mula2 dia jual mahal heheh... bila dpt mkn x toleh kiri kanan dah...


mak n adik aku pun sama.. adik aku berpeluh2 mkn tomyam, mak aku pula sampi x terkata2 bila aku tya sedap ke tak. aku lg le.. kalau dah dpt mknan hahahah.... x ingat dunia.



sesungguhnya aku bahagia dgn kehadiran ksh syg org2 tersyg disekeliling aku.. terima kasih mak, adik, nenek dan kwn2 yg selama ini berada di belakangku samada secara langsung atau tidak...



My BiRtH 2008


salam semua...

aku nak cerita sikit kisah birthday aku tahun ni 3/3/2008 (wlwpun dah lama berlalu heheh...). sepatutnya aku celebrate ngan family aku tp sebab mak ada kelas marhaban so aku tundakan ke esokkan. so birthday aku mlm tu aku sambut dgn member2... kita org g 'chop n steak' berdepan dgn sek menengah kawasan umah kita org (aku pernah sek citu..). ramai gak le mlm tu.. anis, amy, k.su, k.2, fiza, manja n adly (anak dia), bahyah & k.yan. seronok mlm tu...

yg seronoknya, mcm2 gelagat leh tgk.. ye lah dah berkumpul ramai2 ni. member baik aku anis siap belikan kek warna pink lg utk aku heheh... so aku pun kongsi le kek tu sekali ngan dia coz birthday dia pun dah lepas 2/2/2008 ari tu.




ksu yg memerangkap camera mowen mlm tu dok asyik ambik gambar sampi gambar dia xde sape yg nak ambik.. last2 dia ambik sendiri..

gamat gak le mlm tu disebabkan adik aku yg sorg ni (fiza), org cantik le katakan. x keip2 mata org sekeliling memandang termasuk le budak2 restoran tu.. x tentu arah nak buat keja. pantang kita org panggil cepat je yg dtg. ingatkan yg budak2 besar ni je yg dok gedik lebih rupa2nya anak si manja (adly) pun sama gak. bukan main suka lg dia dpt duduk atas riba si fiza. x padan kecik si comel sorg ni..

aku dpt hadiah best2 lah dr depa.. x sangka dpt gak adiah wlwpun dah tua heheh... tqvm semua muahhhhh...








Tuesday, February 19, 2008

haiiiiii...

assalamualaikummm... ada ke org nak jawab ni heheh... xpe lah ada ke xde aku teruskan juga. dah lama rasanya aku coretkan sesuatu kat cni. bukan merajuk tp xde idea. nak coret pun asyik benda yg sama je... so maby ada cite di lain kali...
ni saje je aku singgah rasa rindu lak nak masuk blog. nak g melawat2 blog kwn wlwpun ada yg x melawat blog aku hahahhaha... perasan sendiri aku ni...
ok lah, jumpa lg ye.. kalau ada cite best2 aku kongsi kpd sape2 yg sudi... chow chin chauuuuuu...


Friday, September 21, 2007

nape ngan aku niiiii...

heran la aku tgk dgn hati aku ni... bila dah ada org syg kat aku, yg aku p dok ingat lagi org dulu2 tu apa pasal.. ngok tul lah aku ni... geram pun ada, kelakar pun ada.

tapi aku tetap akan memberi ruang ni utk dia.. yg dulu biarkan berlalu.., cuma aku nak ingatkan hati aku niii YANG DULU BUKAN YANG TERBAIK UTK AKU....
MySpace Comment Codes

Monday, September 17, 2007

soal hati

Comments for MySpace

itu lah ayat yg selalu org sekeliling aku tyakan... dulu aku xde jawapannya but now....

myspace comments



siapa org tu????, biarlah aku mengenali dia terlebih dahulu....

telahku bukakan pintu hati ini utknya seperti org sekelilingku pinta & kini biarlah perjlnan ini ku teruskan dgn panduan yg betul...

MySpace Comments

doakan semoga perjlnan ini akan menuju sesuatu yg terbaik utk diriku...

MySpace Comments


Tuesday, August 14, 2007

hanya persingahan...

setiap kali aku melihat kau hati ni ada bermcm2 perasaan... cinta.. syg.. rindu.. sedih.. kecian.. benci.. dendam.. semuanya ada. ada kala aku seperti ingin kau selalu dicc ku tp apabila terkenangkan apa yg telah berlaku antara kita hati ini pedih.. sakit.. sedih.., aku x ubah seperti tempt persinggahan dlm hidup kau. seperti brg terpakai.. bila nak ambik bila x mau buang.

aku tahu dahulu aku hanya bertepuk sebelah tgn. aku sangkakan kau menyanyangi aku seikhlas hati tp semuanya hanya mainan. biar pn telah ku berikan seikhlasnya hati & ksh syg ini tp kau tetap berpaling. apakan dayaku, aku x mampu & x memaksa kau menerima diri ini. ku lepaskan kau seikhlas hatiku utk kebahagiaan kau. kerana dia adalah pilih kau Friendster Layout hosted images



tetapi mengapa kini kau dtg kembali seperti mengharabkan ksh syg ku seperti dahulu setelah hati ini kau lukai dan setelah hati kau dimiliki hak mutlak. x cukupkah ksh syg yg dia berikan kpd kau sehingga kau masih mahu lg ksh syg ku seperti dahulu.

aku minta maaf... ksh syg ku dahulu telah hilang.. hilang bersama keperitan. kini yg hanya utk kau hanya syg seorg kwn. jgn di tanya kenapa ia hilang... yg pastinya aku tahu aku x pernah hadir dlm hidup kau selama ini.

kerana aku HANYA 1 PERSINGAHAN buat kau.......Image hosted at bigoo images

Thursday, August 09, 2007

4 pErKaRa TeRsIrAt

4 alamat orang cerdik
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 alamat orang beriman
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

4 tanda orang berakal
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

4 alamat orang rendah
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

4 yang menimbulkan cinta
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

4 soal yang membawa keuntungan hidup
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

4 sempurna dengan 4

1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"

* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

Monday, July 23, 2007

rindunya...



kalau di scan dlm hati aku ni rasanya suasana mendung je yg ada. suram je...dah xde istilah best lg utk kerja. rasa rindu sgt masa suasana dulu2. masa dulu semua org tahu hormat menghormati antara satu dgn lain x mcm skang. semuanya nak tunjuk lagak msing2. dulu bila dlm 1 jab hubungan mcm adik beradik. cubit peha kiri peha kanan terasa. tp skang ni kalau cubit peha kiri peha kanan gelakkan.

rindunya suasana dulu... dulu staf sokongan n teknikal ngam mcm adik beradik, tp skang dah hilang sifat tu. hanya disebabkan kehadiran org2 baru yg msing2 tjuk lagak.

sedihnya..kalau boleh diputarkan kembali suasana dulu rasanya biar la aku pergi sekali dgn suasana tu dr aku terus dicni melihat durjana2 ini berterusan.










Friday, July 20, 2007

shibli

13/6/07 shibli nak belanja mkn utk semua staf sokongan dan teknikal Jabatan. sebab dia dah selamat VIVA utk PhD.kami semua pergi mkn kat restoran cempaka di PKNS bangi.
















Monday, June 25, 2007

eeee..meluat

assalamualaikum,


panas hati aku pagi2 ni. kat ofis aku skang dah ada SU utk boss. aku tak tau le SU jenis apa dia org ni. semuanya tak tahu. semua nak kena ckp baru nak buat. xkan lah masa belajar dulu hanya diajar jg keterampilan semata2. kalau bab2 bergaya, bab2 ada funcition wah2 no1 dia org la... tp bab2 keja semua hampeh. xde kualiti langsung.kan aku jelous tp pening tgk cara dia org ni keja.

mcm pg ni bos aku ada buat meeting pasal translet silibus dr BM ke BI. memang dia dah booking bilik n minuman. patutnya pg2 lg dah buka pintu bilik meet. ini tidak semua nak kena ingatkan. nasib le aku dtg cepat td aku dah bukakan pintu tu. satu hal lg ni pasal minum. aku x tahu lak ada edisi breakfast pg ni. selalunya masa meet tu le dia org minum sekali. yg aku tau meet kul 9 pg. tiba2 bos tya minum kul 8.30 pg. aku tya budak SU tu. dia ckp ada brekfast kul 8.30. so aku tya le dia booking minum kul berapa. dia jwb kul 9. apa kes budak ni. nak minum kul 8.30 pergi booking kul 9. arrgghhh pening...pening...

satu lg ni, aku minta cop bos nak cop kat borang yg bos kena t/t. bg je lah cop n stamp pad tu nanti aku pandai le buat. ni tidak cuma bg cop je. dah le masa aku minta tu buat muka mcm cipan n main bg mcm x ikhlas je. geram punya pasal. aku bg balik pun main hempas2 je. padan muka dia hahahah....

jgn la ingat ko tu SU semua ko nak concer ofis ni. hormat la sikit kat org lain. dah le buat keja pandai2 sendiri je. kalau betul2 pandai x pe. ni tidak semua salah. harabkan makeup je lah tebal. otak nipis.

eee...meluat..eee..geram...

Thursday, May 17, 2007

rama-rama

3 hari lepas aku bermimpi bilik ku ada rama2. mula2 hanya 4-5 ekor saje, makin lama makin byk lak yg dtg. drpd suka aku jd takut lama kelamaan aku seperti dah biasa dan seronok pula dgn rama2 yg byk tu

bila bangun dr tido aku terpk2 apa maksudnya, utk sedapkan hati "mimpi hanya mainan tido" itulah yg hatiku katakan. selesai semuanya aku pun kuar le dr umah nak g keja.masa aku nak buka pintu gate tiba2 aku terlihat ada seekor rama2 di siling garaj keta. terdiam aku seketika.hatiku berkata2 sendiri "eh, ni rama2 dlm mimpi aku mlm td ke" alu aku senyum sendirian.

mlm td aku bermimpi sekali lg rama2. tp hanya seekor. rama2 tu jinak sgt bila aku sentuh. pg ni aku mencari2 ada tak rama2 seperti 3 hari lepas di siling tp tiada. eemm..tersenyum aku sendirian.

Wednesday, May 16, 2007

Apa yg tersirat & tersurat

Pagi ni hujan kat sri serdang, dah lama gak x hujan pagi kat cni. Selalunya hujan sebelah ptg. Smlm aku rasa x sedap badan. Sakit semua sendi2. Risau gak manalah tau denggi ke. Alhamdullilah ari ni kurang sikit panas badan n sakit sendi aku.
Hari ni aku letakkan status di YM aku "biarkan diriku bersendirian, aku b'gia begini. x perlu menjaga hati org yg x tahu menilai". Entah kenapa tiba2 ayat e2 yg terngiyang2 di telingaku & kotak fikiranku dr mlm td.
Entah kenapa dan utk siapa ayat tersebut ditujukan aku sendiri pun x tahu. Tp yg pastinya selepas saje aku taipkan di status YM ku terus hati ini lega seperti xde apa2 yg hendak disimpan lg.

Wednesday, April 11, 2007

PAKU DIDINDING HATIMU

...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

...Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kearahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itusatu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

...Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang didinding hati anda."

Tuesday, April 10, 2007

lama x jumpa

assalamualaikum semua...

lama dah x jumpa rasanya, dah sebulan aku x jenguk blog ni. walau pun xada pengunjung mcm2 blog lain tp aku tetap menghargai pengunjung yg sudi singgah di blog ku yg x seberapa ni.

rindu rasanya, bulan lepas xde apa yg nak aku citekan. cuma yg pasti bulan lepas adalah ulang tahun kelahiranku. terima kasih kpd member2 yg ingat n wish. semoga kita semua perolehi yg terbaik dan diberkati.

insyallah bulan ini aku kembali dan akan membawa cite2 yg leh aku kongsi bersama semua. doakan aku sihat dan tidak hilang idea utk riadah otak kita semua.

Wednesday, February 21, 2007

cuti..cuti..jln..jln...

Bestnya cuti raya cina ari 2. Cuti lama, pas2 nak keja ari ni dah malas heheheh... cuti ari tu aku anta member aku d umah pihak lelaki kat Bagan Serai area Parit Buntar. Jauh bangat sih tempatnya. Masa kat cna yg bestnya dpt mkn nasi beriani mamak original. Mak mertua kwn aku yg masak. Teringat2 lauk daging tu. Rasa cam x cukup je tp disebabkan dah kenyang terpaksa le stop. Kalau le leh kirim lagi lauk tu kan best...ni kalau kwn aku tau abis aku kena sembur ayat azimat dia. Bila lg dia nak balik cna ye...,

Yg x best lak kat cna hotel tempat kita org menginap. Dah le kwn aku bayar mahal2 pastu hotel tu semua mcm bercatu je. Remote aircond dia org simpan yg lain dah rosak katanya. Air kejap ada kejap xde. Syukurlah bilik aku n bilik adik aku ada air, leh juga family kwn aku tumpang mandi. Nasib baik dtg ngan family leh le shear2 bilik air. Kalau p'seorgan x kan nak ketuk pintu bilik org lain nak pinjam bilik air. Sarapan pun sama gak, nasi goreng punya la menyelerakan tp dah BASI N BERLENDIR. Mujur ada meehoon goreng basah n roti bakar tu leh le bedal. Tmpt mkn pun x pasang aircond, makan le kami sekeluarga dlm keadaan peluh membasahi badan. Rasa x sabar nak masuk bilik je kena aircond. Bukan x bersyukur tp x berbaloi bayar RM 100++ kat hotel tu tp x mcm hotel. Lebih baik duduk umah tumpangan. Ada gak tempat cerek nak buat air panas. Kecian kwn aku bayar mahal2 utk keselesaan kita org tp..hempeh..

Minggu sebelumnya aku g Telok Intan, anta adik kwn aku tu gak g umah pihak lelaki. Kami duduk Rest House. Tp x mcm Rest House pun...dah mcm hotel je... selesa sikit dari hotel yg kwn aku booking ni. Wlw pun xde disediakan sarapan pg sekurang2nya kita org g sendiri cari xde le dpt mknan basi. Eeemm..entah le susah nak dibayangkan mcm mana budak2 hotel kat Parit Buntar tu kena perli ngan adik2 serta mak kwn aku.

Tuesday, February 06, 2007

mencecah ingatan

bila difikir2kan balik..dinilai2kan balik..ramai kwn2 lelaki yg aku telah kenal. tp syg semuanya hanya disaat senangku. dikala aku susah atau memerlukan semua hilang. bermacam2 alasan. cuma seorg ni lah yg sentiasa berada di belakangku dikala aku susah atau senang. hanya dia sj yg tahu perasaanku dikala aku suka atau duka. memang benar dia pernah melukakan hatiku dan membuatkan diriku hilang kepercayaan kpdnya. tp wlw mcmana pun dia tetap berada di belakangku dulu dan kini. aku seperti tidak boleh lari dr hidupnya.


aku hairan kini, setelah dia berkeluarga sifat dan perasaannya terhadapku jauh berbeza. dulu aku seperti ada pn x ape, xde pn xpe. tp skang...pantang aku ckp sikit cepat saje hajatku dan permintaanku ditunaikan. berbeza ngan kwn2 ku yg lain. semasa suka semuanya ada bila saat aku perlukan mcm2 alasan ada tu pulak terus hilang mendiamkan diri.


maby aku dah ditakdirkan bertemu ngan dia hanya sebagai kwn baik. mcmana dia ambil berat ttgku kini pun, hatiku telah tertutup utknya. kerana kini dia telah berkeluarga. biarlah dia dgn keluarganya dan aku terus ngan kehidupanku.


Image hosted at bigoo