sEtIap InSaN mEmPuNyAi SeKePiNg HaTi.. HaRgAiLaH..

sEtIap InSaN mEmPuNyAi SeKePiNg HaTi.. HaRgAiLaH..


Monday, January 22, 2007

utk yg tersyg...

aku terdengar cerita mengenai kwn sepupuku, dia tgh asyik bercinta kini. mula2 aku tumpang gembira tp bila mengetahui apa yg berlaku sedih rasa hati ni mengenangkan nasibnya. dia terlalu leka hingga tidak menghirau org sekeliling. teringat kembali kepada diri sendiri. dahulu aku pernah menyintai seseorg yg aku sangka menyintai diriku jua. setiap detik waktu, setiap hembusan nafas bagaikan lambat berlalu utk menanti saat bertemu dgnnya. aku sering dimanjakan dengan pujian2, alangkah bahagianya saat tu. tanpa aku sedar dlm diam aku dipermainkan. sedikit demi sedikit hati ku dilukai. aku rebah utk berdiri dan terus berdiri. dengan kekuatan yg sebesar zarah aku cuba bangun. demi keluarga, rakan2 sekelilingku dan terutama utk diriku sendiri. aku terlalu leka dahulu hingga tidak mengendahkan langsung pesanan dan nasihat org disekelilingku. aku tetap dgn duniaku yg dibuai dgn pujian dan keasyikan bercinta. tp aku bersyukur sekurang2nya kelekaan aku tidak hingga aku sanggup menyerahkan segala2nya.


ingatlah wahai kawan2 ku, kakak2 ku dan adik2 ku.... setiap keikhlasan yg ujud dlm satu perhubungan tidak akan ada satu kesakitan, kecuali bila itu adalah ketentuanNYA. jgn terlalu leka dan mengharab yg belum pasti. kita diberi akal fikiran dan gerak hati utk membuat keputusan dan penilaian yg mana baik dan yg mana tidak. didikan keluarga dan kasih sayang mereka selama ini akan musnah andainya kita masih terus leka. jgn terus menutup mata dan hati pd nasihat keluarga atau kwn2 sekeliling. fikirkan apa yg dikatanya dan buat lah penilaian yg terbaik utk diri dan masa depan.


fikirkan satu perkara " org yg betul2 menyanyangi dan bertanggujawab kpd kita tidak akan tergamak menyakiti, menganiaya dan merubah diri kita dr elok ke tidak elok, bukan seperti org yg kita syg... mereka lebih kepada menguji kita. jgn leka dgn pujian, janji2 manis selagi belum tahu hati budinya. andainya dulu pernah terluka teruk dan hubungan kali ini ditakdirkan terluka lagi jgn jdkan luka kali ini lebih teruk dr dulu. andainya rasa hati dan diri tidak kuat atau tidak mampu utk melalui kelukaan itu lg, jgnlah beranikan diri utk terjebak dlm risiko bercinta. kesihan dan sygi diri sendiri terlebih dahulu. berikan diri masa utk berehat dan manjakan diri sendiri. sekiranya dah ditakdirkanNYA ada seseorg yg hadir dlm masa terdekat atau akan dtg nilai dan selidik terlebih dahulu. minta pandangan org sekeliling, restu keluarga dan yg penting minta petunjuk adakah dia yg terbaik utk kita."


maaf andainya apa yg inginku katakan ini terlalu panjang. tp ini adalah pengalaman dan pandangan ikhlas dariku utk semua. fikirkan yg terbaik utk diri kita. kasih syg keluarga, kwn2 yg masih terus memberi perhatian dan bukan menjatuhkan kita serta yakin dgn ksh syg yg MAHA ESA akan membuatkan kita sedar dimana bumi yg kita pijak.


dan hanya nasihat dan kisah2 ini jugalah yg dpt aku berikan kepada sepupuku utk dia boleh menyedarkan kwnnya dr terus leka. itu remaja yg masih leka, kita yg telah matang sepatutnya boleh menilai yg mana baik dan yg mana tidak.


salam sayang semua muaahhhhhhh....

Thursday, January 18, 2007

sunyi rumah ku..



kelmarin (16/1/07 - selasa) aku hantar adik aku ke Tanjung Malim. Dia daftar masuk politeknik kursus perkhidmatan bangunan. 2 tahun dia kat cna ambil sijil. sunyilah dunia aku buat sementara dia xde kat umah. kalau x.. ada juga kawan gaduh, gurau, bergosip (hehhe) aku.

sedih juga masa balik dr cna. sampai umah lg makin sayu hati aku. tgk bantal dia ada depan tv. aku cium bantal dia eemm..sedihnya.

aku kuatkan hati coz kalau aku sedih2 mak aku nanti makin sedih. aku bisik dlm hati 'x pe 2 tahun x lama, nanti adik balik cuti. bukannya jauh sgt.dia nak belajar.' itulah ayat2 yg menguatkan hati aku. kpd kwn2 ku semua doakan adik ku berjaya dlm pelajarannya serta dunia akhirat. terima kasih semua.




Thursday, January 11, 2007

selagi daya ku...

bismillahirahmannirahim....
coretan pertama 2007 selepas pembukaan....
sebelum hadirnya 2007, aku telah buat satu perkara yg aku sendiri pun tidak sangka yg aku akn buat. selama ini aku terus menanti hingga pd 27/12/2006 aku tersedar dan pd 29/12/06 aku tekad lakukan perkara tu... suspennnnn...


29/12/06 (8.30 pg) aku serahkan bungkusan kpd PAR di ofis ku utk buat pos laju. utk siapa dan apa kdgunan bkusan itu???. utk seseorg yg selama ini aku kenali tp tiba2 dia mendiamkan diri dan kandungan bkusan itu adalah brg2 yg pernah aku belikan utknya. hasrat ingin berikan sendiri kpd tuan empunya...tp apakan daya dia mendiamkan diri. hanya itu saje cara yg aku mampu lakukan.


seminggu berlalu, tanpa berita sama ada bkusan itu diterima atau tidak. pd 4/1/06 aku dpt msg YM dr dia, terima kasih dan dia ceritakan segalanya kpdku apa yg berlaku. x tahu apa lg yg aku ingin katakan kerana setelah itu dia mendiamkan diri lg.
puas aku hantar msg YM tyakan kabar...tetap membisu. dan hari ini dia online..aku try tegur. diam dan terus hilang. aku dah hilang segala daya yg aku ada... apa lg yg perlu aku lakukan. selama ini aku usaha utk terus bertyakan kabarnya. mendiamkan diri..itu jwpan yg aku perolehi.
sekiranya x mahu bg tau lah..., selama ini aku x pernahlah menolak secara kasar atau mendiamkan diri kpd sesiapa yg ingin berkwn lebih serius. kami masih terus berkawan. tp lain kpd yg selalu ingin berkwn ngan ku dan aku terima dia, mereka sering mendiamkan diri. maby betul kata pujangga "Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji".


selagi aku terdaya aku akan ikhtiyar, andainya dah hilang daya biarlah aku berhenti. aku berhenti bukan bermakna aku kalah tp aku berhenti sekurang2nya aku telah berusaha bukannya hanya mendiamkan diri memainkan perasaan org.

Wednesday, January 03, 2007

2007 :-)

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru. byk kenangan aku dpt masa tahun 2006. tahun 2006 adalah tahun yg paling lama aku rasa dlm hidup aku..hidup org lain aku x tahulah ye. mcm2 kenangan ada.. mcm2 kerenah aku jumpa drpd org lain mau pun diri aku sendiri.


aku harab 2007 kali ni menguatkan aku lg utk hadapi semua cabaran yg bakal mendatang.
selamat tahun baru semua yg mengenali dan terima kasih diatas kenangan tahun 2006. semoga suka duka 2006 menjadikan kita semua lebih dewasa dan berhati2 dihari mendatang.


Semoga kehadiran 2007 kali ini mencatatkan kenangan kegembiraan dan kebahagiaan dlm hidup ku sekeluarga... amin..


image hosting file